TEKNIK BUDIDAYA TANAMAN PISANG MAS

Pisang Mas merupakan sejenis pisang yang dituai dari pokok Pisang. Pisang Mas biasanya ditanam bagi mendapatkan buahnya. Nama sains pokok Pisang Mas ialah Musa acuminata Colla (AA Group) cv. 'Lady's Finger'.


Ia juga dikenali sebagai Musa acuminata Colla (AA Group) cv. 'Sucrier', Musa acuminata Colla (Sucrier Group) cv. 'Lady's Finger', Musa x paradisiaca L. cv. 'Lady Finger', Musa x paradisiaca L. cultigroup Sucrier cv. 'Doigt de Femme', Musa x paradisiaca L. cultigroup Saccharinus cv. 'Lady's Finger', Musa x paradisiaca L. cultigroup Saccharinus cv. 'Dedo de Dama', Musa acuminata Colla non L. (Sucrier Group) cv. 'Datil', Musa acuminata Colla non L. (Sucrier Group) cv. 'NiƱo', Musa acuminata Colla non L. (Sucrier Group) cv. 'Bocadillo'.

Pisang Mas  boleh ditanam dengan cara mengubah anaknya. Jarak tanaman anak Pisang mas yang ideal ialah 10 kaki X 10 kaki.Ditanam dalam bentuk barisan. Apabila ia menjadi perdu, maka perdu yang ideal ialah dengan menyimpan 3 hingga 4 pokok seperdu, termasuk anak. Anak Pisang mas yang kurang subur hendaklah di pangkas. Ini akan memaksimumkan kualiti buah pisang yang akan diperolehi. Ia juga bertujuan untuk mengelakan dari pokok yang tidak berkualiti memakan baja. Untuk tanaman komersil, saliran air hujan hendaklah lancar dan tidak bertakung. Pisang mas alah kepada air bertakung. Jika anda dapati daun pisang yang belum matang kelihatan seperti terbakar, itu adalah petanda bahawa dibawah tanah ada takungan air. Jika air bertakung lebih dari dua malam, daunnya akan jadi layu kekuningan dan akhirnya kecut kelihatan seperti terbakar.

Masalah utama petani Pmas adalah serangan penyakit barah ubi atau cancer ubi. Ini adalah kerana berbeza dengan penyakit lain,penyakit barah ini tidak boleh dirawat atau di sembuhkan secara total. Sebenarnya, jika diamati dengan teliti, tidak ada terdapat sebarang cacing atau perasit didalam ubi atau batang pisang yang sakit tersebut. Apabila Pmas terkena atau diserang penyakit barah ubi, ubi akan bertukar warna dari putih ke perang perangan dan kemerah merahan.Pada peringkat mula, ia akan menyerang ubi dan kemudian merebak ke batang pokok. Di peringkat serius, penyakit tersebut akan menjadikan ubi dan batang pokok yang telah sakit mengeluarkan lendir yang pekat dan berbau amat busuk. Daun daun yang belum matang akan menjadi layu dan terkulai. Pokok Pmas jadi kering dan mereput. Apa yang sangat menyedihkan dan merugikan adalah kerana petani tidak mengetahui pokok Pmas ini sudah dijangkiti semasa kecil atau dara. Tanda serangan ini hanya diketahui sebaik sahaja pokok hampir matang untuk mengeluarkan jantung, atau dalam tempoh lebih kurang enam hingga tujuh bulan selepas di tanam. Apabila ubi dan batang pokok Pmas yang sakit mengeluarkan lendir, pokok lain akan mudah dijangkiti hanya dengan terkena lendir tersebut sama ada melalui peralatan kerja, aliran air atau sentuhan akar di bawah tanah. Bagi petani yang menanam dengan jarak 15 kaki X 15 kaki risiko jangkitan melalui sentuhan akar akaqn dapat dielakan.


Setakat ini tidak ada kaedah yang berkesan yang boleh merawat atau menyembuhkan pokok Pisang mas yang telah terkena penyakit barah ubi. Langkah langkah berikut hanyalah bertujuan untuk mengawal dan mengurangkan risiko daripada dijangkiti penyakit barah ubi secara meluas diladang kita.
1) Pokok dan keseluruhan perdu yang telah terkena penyakit barah ubi hendaklah dikorek dan dibuang jauh dari kawasan ladang. Lubang tersebut hendaklah dibiarkan terdedah selama sekurang kurangnya 3 bulan sebelum ditanam semula.
2) Peralatan ladang seperti cangkul, parang dan penggali yang digunakan keatas pokok yang telah sakit hendaklah dibasuh dengan air dan di biarkan kering sekurang kurangnya semalaman sebelum digunakan semula.
3) Jika sekiranya paras tanah ladang tersebut rendah, parit parit gila (parit kecil sedalam satu kaki) hendaklah di gali supaya air hujan disalir ke parit besar dengan serta merta sebaik sahaja hujan turun. Lendir penyakit ubi merebak melalui aliran air kepokok Pisang mas lain.
4) Apabila mengubah benih, pastikan hanya anak yang diubah tidak dari kelompok perdu yang telah terkena penyakit. Jika benih diambil dari kebun atau sumber yang tidak pasti, jangan sekali kali ambil anak dari perdu yang tiada pokok sedang berbuah. Kemungkinan perdu tersebut sudah berpenyakit adalah tinggi. Ini adalah kerana semasa pokok tersebut masih anak atau peringkat dara, tanda tanda penyakit belum kelihatan.
5) Apabila pokok yang baru diubah berusia 3 hingga 4 bulan, masukan sesudu Furadan 5G Marshall kedalam pangkal kelopak daun nombor tiga kiraan dari pucuk. Amalan ini tidak boleh menyembukan penyakit cacing ubi tetapi sekurang kurangnya ini akan membantu pokok tersebut menahan diri dari terkena penyakit cacing ubi dari pokok lain.
6) Benih benih yang baru di korek, hendaklah dibiarkan dibawah matahari sekurang kurangnya seharian sebelum ditanam.

Secara kasar pokok Pisang mas terdiri daripada beberapa jenis. Diantaranya yang popular ialah Pmas batang putih dan Pmas batang merah. Sifat sifat Pisang mas batang putih ialah jenis pokoknya jenis rendah dan rendang. Buahnya bulat dan besar tapi pendek. Tandannya tidak panjang. Secara purata, pokok yang subur mengeluarkan buah purata lima hingga enam sikat semayam. Tempoh jangkamasa pokok jenis ini mula berbuah juga pendek iaitu diantara enam hingga lapan bulan selepas ditanam. Jangka hayat perdu Pisang mas putih tidak lama, lebih kurang empat hingga enam kali tebang. Selepas itu, perdu menjadi pupus dan mati. Kebiasaanya selepas tiga kali tuaian, pokok Pisang mas hendaklah diubah atau ditanam semula. Pokok Pisang mas jenis ini sangat popular dikalangan pengusaha pertanian pisang secara komersil kerana jangkamasa tuaian yang cepat dapat menjimatkan kos pengeluaran. Anak benih juga boleh diperolehi dengan mudah dan dalam kuantiti yang banyak.

Berikut Merupakan Cara Budidaya Pisang Mas

Pemilihan Lahan, tanaman pisang mampu tumbuh pada daerah dengan iklim Tropis Basah, Lembab dan Kering. Daerah tanam memiliki intensitas hujan 1520 – 3800 mm/tahun dengan dua bulan kering. Pisang tidak cocok ditanam pada tanah dengan kadar garam 0,07%, tanah tersebut harus cukup berhumus dan baik dalam sistem pengairan.

Penyiapan Bibit, pembibitan dengan cara vegetatif berupa tunas (anakan) dengan tinggi 1-1,5 m dan lebar potongan umbi 10-25 cm. Daun pada bibit masih berbentuk seperti pedang atau helai daun sempit. Setelah dibersihkan dari tanah, simpan bibit di tempat tedud dan lembab selama 1-2 hari sebelum ditanam. Buang daun lebar, selanjutnya rendam umbi bibit pada larutan POC NASA (1-2 tutup), HORMONIK (0,5 – 1 tutup), Natural GLIO (1 atau 2 sendok makan). Perendaman dilakukan sebatas leher batang dan jangan terlalu lama.

Persiapan Lahan, persiapan lahan dilakukan dengan cara membasmi gulma pada lahan pertanian. Selanjutnya gemburkan tanah untuk mempermudah pertumbuhan akar tanaman. Untuk lahan dengan tingkat kemiringan tinggi, sebaiknya dibuat sengkedan supaya lebih mudah dalam proses penanaman.

Penanaman, siapkan lubang tanam dengan ukuran 50 x 50 x 50 cm pada tanah berat dan 30 x 30 x 30 cm pada tanah gembur. Jarak tanam 3 x 3 m untuk tanah sedang dan 3,3 x 3,3 m untuk tanah berat. Campurkan 100 gr Natural GLIO dan pupuk kandang dengan campuran 25 – 50 kg pupuk kandang, untuk menjaga kelembaban percikan air secukupnya dan masukan ke dalam karung selama 1-2 minggu. Pisahkan tanah galian atas dari tanah galian bawah, campur tanah galian atans dengan campuran Natural GLIO dan Pupuk Kandang dengan dosis 0,5 – 1 kg. Masukan bibit dengan keadaan tegak lurus, selanjutnya tutup terlebih dahulu dengan tanah galian atas.

Pemupukan, Pupuk urea  207 kg/ha, Sp-36 138 kg/ha dan kcl 608 kg/ha, pemupukan ini dilakukan setelah tanaman berumur 6 bulan atau 2x dalam satu tahun.

Pemeliharaan Tanaman, pemotongan tunas dalam satu rumpun harus dilakukan untuk menjaga jarak tumbuh antar tanaman. Lakukan pemangkasan daun kering supaya kebun terlihat bersih. Penggantian tanaman dilakukan setelah tanaman berumur lima tahun.

Perawatan Buah, pemotongan jantung buah setelah berjarak 25 cm dari sisir terakhir, selanjutnya bungkus buah pisang dengan plastik bening Polietilen. Plastik pembungkus sebelumnya diberi lubang supaya terjadi pergantian udara, lubang dibuat dengan diameter 1,25 cm dengan jarak antar lubang 7,5 cm.

Panen, buah pisang siap dipanen jika daun bendera sudah mengering atau buah dengan umur 80-100 hari. Pemanenan dilakukan dengan cara memotong buah sampai ke tandannya dengan jarak 30 cm dari sisir paling atas. Setelah dipotong, taruh tandanan dalam posisi terbalik untuk mengeringkan getah.

2 comments:

  1. Paparannya simpel dapat di terima kawan :)
    Yang membutuhkan bibit pisang mas, saya bisa bantu

    ReplyDelete
  2. Yang warna merah pisang apa itu

    ReplyDelete